Lumrah perniagaan tidak semuanya indah apabila dugaan datang menerpa ketika negara berdepan pandemik COVID-19 sehingga sumber pendapatan pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan agensi pengembaraan umrah di Johor, lumpuh.<br /><br />Tidak patah semangat, naluri keusahawanan dibawa kepada perniagaan baharu iaitu sebuah restoran.<br /><br />Salai Valley nyata mendapat sambutan menggalakkan ketika pandemik sekali gus mengubat kembali duka pasangan usahawan ini.
